Assalamualaikum...
Bismilahirahmanirahim....
Kali ini aq nak kongsi cerita tentang Majlis Tahlil arwah suami ku Md Zait Abd Samad...
Majlis ini juga aq buat sekali dengan Majlis cukur jambul @ Aqiqah Permata Hati ku Haziq Rayyan Rizqi...
24hb Jun 2012 dipilih kerana...tarikh ni genap 100 hari kembali nya suami ku ke Rahmatullah...
Sebenar nya aq hampir2 nak batal kan majlis cukur jambul ni...sb masih rasa bersedih lagi dengan kehilangan insan yang aq panggil sayang...
Sebenarnya aq memang ada berniat utk membuat Aqiqah untuk permata hati ku ini...semenjak awal mengandung lagi...ketika suamiku masih di sisi lagi...jadi apabila telah berniat...ianya telah menjadi wajib...sedangkan hukum Aqiqah asalnya sunnah muakkad.....
Akhirnya aq memutuskan untuk meneruskan Majlis Aqiqah dan membuat Majlis Tahlil buat suami ku...
Majlis berlangsung dengan bacaan yasin...
Aq dan Arique..
Suasana yang shahdu ku rasa kan tika dan saat ini..
Nihayatul Amirah..Puteri sulung ku...mewarisi minat dan hobby yg sama dgn papanya..
Kambing Aqiqah...sedang di panggang untuk tetamu...
Wajah2 Permata Hati ku Haziq Rayyan Rizqi Bin Md Zait
Majlis bercukur di mula kan...
Air mata yang tidak dapat ku tahan...akhirnya berderai ke pipi..
Alangkah...bahagianya Aq jika suami masih disisi...
kesedihan melanda para kumpulan Marhaban..
Rayyan yang tidak megerti apa2...
Arique yang sangat memahami...yg aq dalam kesedihan...
Kasih sayang dan keperihatinan Arique kepada Rayyan..sesungguhnya Haziq Hazrique Danial terlalu memahami situasi yg terjadi...walaupun dia masih kecil...
Kakak ku yg turut merasai kesedihan yg aq alami..
Ucapan Terima Kasih ku buat semua kaum keluarga dan sahabat handai..memeriahkan malis ini
Tetamu menikmati hidangan...
Sumbangan dari salah satu ahli kumpulan Marhaban...Terima kasih aq ucap kan...
Jamuan yg disediakan untuk para tetamu...hasil gabungan aq dan adik bradik ku..
Terima Kasih semua...
Cenderahati buat tetamu sekelian...
Majlis ini berlangsung dengan suasana yang amat shahdu sekali...kalau la suami ku masih berada disisi...tentu lah aq menjadi orang yg paling bahagia sekali...
Tapi hidup dan mati...ketentuaan Ilahi...aq bersyukur kerana di pinjamkan Allah seorang suami & papa yang sangat menyayangi aq dan anak2 ku...kini walaupun suami ku tiada lagi..ingatan dan doa ku...tidak pernah putus buat insan yang ku panggil sayang....
Moga Allah memberkati dan merahmati hidup aq sekerluarga...
Al-Fatihah...Buat Md Zait Bin Abd Samad..moga roh nya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal solleh.....
Duduk berkhayal putera kayangan
mimpi direntap sepantas lintar
Kau yang aku panggil sayang,
kenangan indah tak mungkin pudar..
No comments:
Post a Comment