Assalamualaikum.....
Bismilahirahmannirrahim.....
Hari ini aq nak berkongsi cerita tentang kelahiran permata hati kecil ku Haziq Rayyan Rizqi...apa istemewa nya tentang kelahiran Rayyan????
Haziq Rayyan Rizqi di lahirkan pada 29hb March 2012..iaitu selepas 13 hari pemergiaan arwah suami ku...ermmm...telah ditakdirkan Rayyan lahir tanpa sempat melihat wajah papanya...
Suamiku Md Zait Bin Abd Samad kembali menyahut panggilan Ilahi Pencipta sekalian alam pada 17hb March 2012...pemergiaan suami ku memang tidak diduga kerana beliau tidak sakit...malah kehilangan nya kurasa kan bagai mimpi didalam mimpi....waktu ni aq sedang sarat mengandung...hanya menghitung hari untuk menyambut kelahiran Permata hati yg ke lima.....Luruh jantung ku...tika dan saat itu...hanya Allah yg tahu bertapa hebat dugaan yg aq terpaksa tempuhi dan harungi....menitis air mata ku bila paramedik mengesahkan yg suami ku telah tiada lagi.....
Dugaan yang melanda terpaksa aq harungi dgn tabah..walaupun hakikatnya aq rasa diri ini seperti rebah ke bumi...aq terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi...yg perlu aq fikirkan tika dan saat itu...adalah tentang bayi yg aq kandung serta anak2 yg sedang membesar..mengharap aq sebagai tempat bergantung.....
Aq dijangkakan bersalin lebih awal dari tarikh sepatutnya iaitu 16 April, sama dgn tarikh lahir ku.... namun pada 29hb march 2012 seperti tarikh yg ditetap kan aq bersiap2 selepas subuh untuk pergi ke Hospital Pakar Al-Islam...aq memandu sendiri dengan ditemani kakak ku...Aq memandu sendiri bukan kerana tiada adik bradik @ kawan2 yg hendak menghantar ku ke Hospital...tapi kerana aq tidak mahu menyusahkan orang2 disekeliling ku....Alhamdulillah aq memang jenis yang mudah bersalin...jadi aq tak rasa proses kesakitan untuk melahirkan kesemua anak2 ku..termasuk Rayyan....
Aq sampai ke Hospital pada pukul 8 pagi...aq dan kakak ku bersarapan di Restoran berhampiran...isi perut dulu untuk memberikan aku tenaga utk melahirkan...
jam 9 pagi, aq mendaftar kan diri untuk warded....10 pagi Doktor datang untuk memeriksa keadaan ku...Alhamdulillah pintu servik dah pun terbuka 3cm...seperti aq tulis sebelum ni...aq memang xrasa sakit langsung...aq diberi ubat utk meyegerakan proses bukaan servik...sebelum zuhur, Doktor dtg bertanya kan keadaan ku...samaada aq boleh bertahan selepas asar atau tidak..sbb Dok nk gi solat zuhur dulu...aq cakap aq ok je...aq pun nk solat dulu...
Jam 2.30 ptg...Doktor mengajak aq masuk ke bilik bersalin...waktu tu aq tgh minum nescafe ais yg dibeli oleh kakak ku..kelakar kan...aq pun ikut arahan doktor..walaupun aq xrasa sakit pun lagi...Opsss...untuk pengetahuan semua..aq dah biasa dgn Doktor ni...kelima2 anak aq disambut oleh Doktor yg sama..Doktor Asari Abdul Rahman jd Dr ni dh arif dgn situasi aq yg memang xda rasa sakit langsung tu...sb tu aq pilih Dr ni..klau Dr lain mesti dia ingat aq x nak bersalin lagi...alamat terberanak la aq kat katil ward nt..
Air ketuban dipecah kan, walaupun aq x rasa sakit,tp di mulut ku x lekang menyebut Subhanallah..x sampai 10 minit aq rasa nk meneran..tp aq berhenti sekejap..Dr suruh aq teruskan tp aq blh jawab sekejap sbb sakit aq tetiba dah hilang...bila aq rasa nk meneran yg kedua...maka selamat la permata hati ku dilahirkan ,bayi lelaki...ketika ini lah Dr mengucapkan syukur dan dia cakap pada ku...Alhamdulillah...selamat lahir zuriat terakhir suami ku..tika dan saat ini la air mata ku mengalir sayu ..jatuh ke pipi ku...Dalam hatiku pun mengucap rasa syukur kepada Allah S.W.T..
Inilah wajah permata hatiku..
khamis,3.05 petang ..waktu yg dicatikan Rayyan melihat dunia
Lahir2 je..Rayyan dah boleh buka mata..
Rayyan bersama aq dan kakak sulung nya..Nihayatul Amirah
Rayyan bersama aq dan kakak kedua nya Syaza Nabilah
Rayyan bersama aq dan abang ketiga nya Haziq Hakimi
Rayyan bersama mak aunty..iaitu kakak ku yg setia berada disisi ku
Haziq Rayyan Rizqi Bin Md Zait
Rayyan yg berumur tujuh bulan bersama abang yg ke 4 Haziq hazrique Danial
Alhamdulillah...aq mempunyai 5 cahaya mata hasil perkahwinan ku bersama suami..moga aq terus kuat dan tabah untuk mengharungi kehidupan yg mendatang...kepada Putera Puteri ku...Kalian la Permata hati mama yg paling berharga...Haziq Rayyan Rizqi wajah mu seiras wajah papa mu yang mama Panggil Sayang...


