Assalamualaikum...
Saya Rosayu binti Ahmad dan lebih senang dipanggil dengan nama timangan saya iaitu Sue. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam. Seperti yang anda sedia maklum, saya masih baru dalam dunia blog ini.
Tujuan saya membuat blog ini ialah untuk berkongsi cerita hidup saya *tapi bukan semualah kan? ada yang perlu dirahsiakan, betul tak?*. Kisah saya dan keluarga, pengalaman saya dan segalanya tentang diri saya akan diceritakan di sini, InsyaAllah..
Saya rasa cukuplah sudah mukaddimah saya. Harap pada masa akan datang, anda akan terus mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini.
Saya sudahi dengan,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment