..Assalamualaikum..
Pada awal Disember tahun 2011, aq dan hubby telah berkunjung ke Ho Chin Minh City, Vietnam. Kami mengambil masa selama 5 hari untuk meneroka seluruh kota Ho Chin Minh ini, bermula dari 1 Disember 2011 sehingga 5 Disember 2011. Perjalanan ini bukan sahaja satu kenangan yang melekat di hati malah ini adalah kenangan terakhir aq bersama arwah suami.
Saya dan suami menaiki pesawat Air Asia yang berlepas dari LCCT, Malaysia dan mendarat di Vietnam. Penerbangan mengambil masa kurang dari 3 jam.
Pada hari pertama, kami jejak kaki ke Airport Ho Chin Minh...terus mengambil teksi menuju ke Hotel yg telah kami booking dr KL.
Di perkarangan Airport Ho Chin Minh
Suami tersayang..
Aq & hubby bergambar di depan Hotel yg menjadi tempat penginapan kami.
Hoang Hai Long Hotel
Night Market @ Ben Than
Aq dah pening x tau mana nk beli
aq dah rasa sakit pinggang...al maklum bawa baby dlm perut hehehe..
waktu ni dh masuk 6 bln aq preqnant
Ben Thanh Market yg menjadi kan Aq lupa diri sekajap...murah2 tu...
Waktu ni aq teringin sangat nk makan pulut ni...tapi xbrani la pulak..ambil bau je la..akhirnya baby aq lahir meleleh air liur dia huhuhu...
waktu ni kat tempat kraf tangan vietnam..lupa la pulak namanya..
Di perkarangan War Remnants Museum - Muzium yg menyimpan banyak sejarah peperangan Vietnam...sayu & ngeri tgok gambar2 dlm muzium ni..
Aq di perkarangan Istana Presiden..
Dah penat sangat dah..duduk dulu possing..
Hubby x lepas peluang bergambar di dalam istana president
Istana Presiden
Dame Cathedral...binaan yg cantik
Di tempat proses membuat kopi...kat sini la Aq terkena..minum kopi luwak..kopi luwak ni dihasil kan dr najis musang yg memakan kopi sahaja...sia2 je aq terminum..tp mmg sedap waktu minum tu...aq ni coffee additct..
Di mana2 ada je penjual buah2an
Di Chu Chi Tunnel...Menarik sangat...tp punya la penat berjalan kaki...lenguh sendi2 semua..tp yg best nya balik hotel aq gi spa...best... lega badan2 yg sakit..
Sebenar nya banyak lg tempat2 yg menarik yg Aq & hubby lawati....byk market yg kami jelajahi..temple2 yg menjadi kebangaan Ho Chin Minh...cuma terkilan sb xsempat pergi ke Delta Mekong..bkn nya xsempat...tapi kaki ni dah rasa macam nak tercabut dan terpaksa la aq akur dengan keadaan aq ketika itu..tu arr nk sangat berjalan..walaupun berbadan dua..walau apa pun..aq bersyukur kerana dapat mengluangkan masa berdua..bersama suami yang ku panggil sayang...ini lah percutian terakhir aq dan hubby..yang akan menjadi kenangan terindah didalam hati...sebelum suami ku di panggil Ilahi 3 bulan selepas percutian ini...Al-Fatiha buat Sayangku Md Zait Bin Abd Samad...Moga di tempat kan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal solleh...Amiinnn...


.jpg)
























.jpg)















Nice...Keep it up..Mak sue
ReplyDelete